Nuffnang

Saturday, December 8, 2018

[Medan, Indonesia (Part 1) - 5 Dis 2018]

Bekerja sambil melancong diluar jangkaan 3 hari 2 malam ke Medan, Indonesia 😎

Indonesia Flag

   Orang Medan kata, perkataan Medan berasal daripada bahasa Tamil iaitu "Maidhan @ Maidhanam" yang bermaksud tanah lapang ataupun tempat yang luas, akhirnya diolah kepada bahasa melayu Indonesia....jadilah "Medan". Bab perkataan tu berasal dari bahasa Tamil, nanti double check  dengan rakan yang faham bahasa tamil πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….
   Jam 3pm check in hotel, penginapan di sponser oleh rakan yang berada dan bertugas di Kedutaan Malaysia di Medan....Terima Kasih Rizan 😎 Hotel Danau Toba Internasional . Jika dilihat ada logo 5 bintang hahahaha tapi jika nak datang bercuti ke Medan, saya cadangkan yang bawa family boleh la ke sini....sebab dengan harga walk in hotel nie murah lak 1 malam RM 130** takder pakai Trivago bagai...
Full View
Ukiran di dinding hotel

😎


   Masa dalam bilik hotel tue...terdengar azan asar.....tercari2 jugak kat mana datang nya masjid tue....tak sah jika datang tempat orang tak mengerjakan solat di rumah allah.....pusing2 punya pusing terpaksa la tanya orang tempatan kat mana masjid tue, senang cerita aku sesat sebenarnya nak cari masjid tue....akhirnya jumpa dengan bantuan penduduk situ.....


Ruang utama solat

   Di Masjid Agung nieee jika anda berkunjung...anda jangan pelik dan risau tentang penjaga kasut diluar masjid....seikhlas hati anda untuk sedekah kepada pemuda yang menjaga kasut anda......insha allah. Dan apa yang menariknya, masjid Agung ini mungkin akan dikekalkan namun disebelahnya terdapat Masjid Agung yang baru setinggi 3 tingkat tidak termasuk kubah yang masih didalam pembinaan. 
  Perjalanan ke Masjid Agung ini hanya mengambil masa 10 minit dengan berjalan kaki kerana laluan ke masjid ini hanya berhadapan dengan hotel yang saya menginap.....ok jommm balik bilik.....malam nanti pula jalan-jalan cari makan dan tunggu perkongsian dicatatan saya...


No comments:

Post a Comment

click-click

Wondeful Malaysia

Recent Posts