Nuffnang

Saturday, December 8, 2018

[Medan, Indonesia (Part 2 jalan-jalan cari makan) - 5 Dis 18]

   Bila ditempat orang jika duduk terperuk didalam bilik hotel rasa macam rugi hahahahaha.....malam tiba, lepas isyak.. saya dijemput  oleh rakan Malaysia yang bertugas di Medan, Indonesia untuk dibawa meninjau lokasi makan-makanπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ perut pun memang tak makan lagi..jom lets go ke lokasi pertama...

1. Restoran KOKI SUNDA


  Restoran Koki Sunda Sunda ini terletak di lokasi yang strategik setibanya saya dan rakan dihadapan restoran ini, terasa nak bawa 1 family datang sini...ruang parkir kenderaan yang mudah dan diatur oleh pemuda dengan mengenakan sedikit keihlasan hati untuk diberi upah...
Bagi tuan rumah order dahulu....


Ayah kembar 3 (baju kelabu)
   Nak order tak pandai...jadi bagi sahabat (Shahrizan) order dahulu...kita follow jerr...follow2 pun saya pilih satu makanan dan satu minuman untuk dicuba rasa...😊 iaitu Jus Guava & Nasi Goreng sate Koki Sunda untuk harga makanan yang saya order saya minta maaf tak dapat bagi tau...sebab lupa jumlah harga...tapi dalam ribu-ribu jugaklah dalam nilai Rupiah πŸ˜…πŸ˜…, tapi dalam Ringgit Malaysia murah jer dalam 15 hinggit kot..teka jerrr...
Menu yang dipesan

2. Pelawi Durian


Makluman dari Shahrizan, ramai pelancong termasuk warga kota Medan datang membeli durian Palawi untuk dibawa balik @ makan terus di gerai...kami ambik keputusan untuk merasa durian Pelawi di gerai...sebijik jer sebab nak rasa...untuk makluman durian kat sini tidak ada musim....hari2 ada...


Pilih jerrr

Nak bungkus, tu harganya.....


   Itu sahaja 2 tempat yang sempat pergi, sebab tuan rumah isterinya baru melahirkan baby jadi kena balik awal la dia untuk bersama keluarga...kami berdua pulak balik hotel la...esok ada tugas yang perlu diselesaikan......walaupun ada tugas..


[Medan, Indonesia (Part 1) - 5 Dis 2018]

Bekerja sambil melancong diluar jangkaan 3 hari 2 malam ke Medan, Indonesia 😎

Indonesia Flag

   Orang Medan kata, perkataan Medan berasal daripada bahasa Tamil iaitu "Maidhan @ Maidhanam" yang bermaksud tanah lapang ataupun tempat yang luas, akhirnya diolah kepada bahasa melayu Indonesia....jadilah "Medan". Bab perkataan tu berasal dari bahasa Tamil, nanti double check  dengan rakan yang faham bahasa tamil πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….
   Jam 3pm check in hotel, penginapan di sponser oleh rakan yang berada dan bertugas di Kedutaan Malaysia di Medan....Terima Kasih Rizan 😎 Hotel Danau Toba Internasional . Jika dilihat ada logo 5 bintang hahahaha tapi jika nak datang bercuti ke Medan, saya cadangkan yang bawa family boleh la ke sini....sebab dengan harga walk in hotel nie murah lak 1 malam RM 130** takder pakai Trivago bagai...
Full View
Ukiran di dinding hotel

😎


   Masa dalam bilik hotel tue...terdengar azan asar.....tercari2 jugak kat mana datang nya masjid tue....tak sah jika datang tempat orang tak mengerjakan solat di rumah allah.....pusing2 punya pusing terpaksa la tanya orang tempatan kat mana masjid tue, senang cerita aku sesat sebenarnya nak cari masjid tue....akhirnya jumpa dengan bantuan penduduk situ.....


Ruang utama solat

   Di Masjid Agung nieee jika anda berkunjung...anda jangan pelik dan risau tentang penjaga kasut diluar masjid....seikhlas hati anda untuk sedekah kepada pemuda yang menjaga kasut anda......insha allah. Dan apa yang menariknya, masjid Agung ini mungkin akan dikekalkan namun disebelahnya terdapat Masjid Agung yang baru setinggi 3 tingkat tidak termasuk kubah yang masih didalam pembinaan. 
  Perjalanan ke Masjid Agung ini hanya mengambil masa 10 minit dengan berjalan kaki kerana laluan ke masjid ini hanya berhadapan dengan hotel yang saya menginap.....ok jommm balik bilik.....malam nanti pula jalan-jalan cari makan dan tunggu perkongsian dicatatan saya...


click-click

Wondeful Malaysia

Recent Posts